‘Bajet ketat’ untuk Olimpik Rio

‘Bajet ketat’ untuk Olimpik Rio

RIO DE JANEIRO, 7 Okt (Agensi) – Para penganjur Olimpik, yang berdepan dengan realiti kemelesetan negara, mengurangkan kos bagi memastikan bajet mereka seimbang.

Untuk memastikan perbelanjaan terus kekal selaras, pegawai-pegawai berkata mereka akan mengurangkan anggota sukarelawan, mengurangkan kakitangan di berpuluh-puluh acara ujian dan mengurangkan kos bagi majlis pembukaan serta penutup Olimpik dan Paralimpik di Rio de Janeiro.

“Ini adalah bajet yang ketat,” kata Sidney Levy, pegawai ketua eksekutif jawatankuasa penganjuran. “Tidak terdapat akses, tetapi kami tidak akan berkompromi yang penting.”

Levy berkata sejak beberapa bulan lepas dia akan mengurangkan kos dan mengurangkan pembelian yang tidak penting.

Berita mengenai keadaan bajet itu tiba ketika beratus-ratus wartawan dari seluruh dunia berada di Rio minggu ini mengunjungi tempat-tempat Olimpik dan bercakap bersama-sama penganjur mengenai bagaimana sukan akan berjalan apabila dimulakan pada 5 Ogos 2016.

Jurucakap jawatankuasa penganjuran, Mario Andrada semalam berkata pengurangan itu dibuat ketika kajian bajet berkala. Dia menganggarkan tanpa pemotongan, penggunaan akan melebihi pendapatan pada “sekitar 10 peratus.”

ARTIKEL YANG SAMA