Baju koyak warnai aksi Perancis Switzerland

Baju koyak warnai aksi Perancis Switzerland

LILLE, 20 Jun (AP) – Pemain Switzerland terpaksa menukar jersi sendiri beberapa kali apabila ia didapati koyak ketika terikat tanpa jaringan dengan Perancis pada Kejohanan Eropah, awal pagi tadi.

Selain empat jersi koyak, terdapat insiden luar biasa apabila bola pecah pada babak kedua pada perlawanan yang mengesahkan tiket untuk Switzerland mengiringi Perancis ke pusingan 16 terakhir.

Granit Xhaka, yang bajunya turut terkoyak, bergurau bahawa mungkin beberapa insiden tarik menarik jersi dari pemain Perancis turut berlaku kerana ‘ia adalah satu-satunya cara untuk menghalang pemain Switzerland’.

Namun secara realitinya Perancis adalah pasukan yang lebih kuat dan mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol termasuk ketika menentang Romania dan Albania.

Insiden baju koyak ketika perlawanan berlangsung. – AP
Insiden baju koyak ketika perlawanan berlangsung. – AP

UEFA-Euro-2016-Logo

Jersi pemain tengah Switzerland Admir Mehmedi pula koyak pada separuh masa pertama, memaksa dia ke garisan tepi untuk menukarnya.

“Kami bercakap kepada pengadil mengenainya,” kata pemain tengah Switzerland Valon Behrami. “Tetapi dia berkata: ia adalah kesilapan jersi anda.”

Jersi penyerang remaja Breel Embolo juga koyak sedikit di bahagian belakang pada separuh masa pertama.