Baka kelapa sawit Sime Darby 16% lebih minyak

Baka kelapa sawit Sime Darby 16% lebih minyak

PELABUHAN KLANG, 25 April – Sime Darby Bhd menjangka baka kelapa sawit baharunya, Genom Terpilih, akan menghasilkan sekurang-kurangnya 16 peratus lebih banyak minyak dan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan menjelang 2023.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata Genom Terpilih turut dijangka menghasilkan lebih banyak minyak berbanding Calix 600 yang pada masa ini merupakan bahan tanaman terbaik Sime Darby Plantations.

“Menjelang 2023, Sime Darby Plantations mempunyai bahan genom yang mencukupi untuk memenuhi semua keperluan penanamannya di Malaysia,” katanya kepada pemberita pada majlis penanaman Genom di Ladang Dusun Durian, Pulau Carey, dekat sini Isnin. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA