Bakal graduan hadiri taklimat Bimbingan Khatam Al-Quran

Bakal graduan hadiri taklimat Bimbingan Khatam Al-Quran

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Sempena Majlis Konvokesyen ke-28 Universiti Brunei Darussalam (UBD), Program Bimbingan Khatam Al-Quran dilaksanakan bagi mengambil sukut baik ‘Mushaf Jamiah Brunei Darussalam’ sebagai pengganti Cokmar Majlis Konvokesyen UBD pada Majlis Konvokesyen ke-8 yang lalu.

Sehubungan itu, seramai 893 bakal graduan Sarjana Muda dan Diploma, yang terdiri daripada 260 mahasiswa dan 633 mahasiswi, telah menghadiri taklimat Bimbingan Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

Taklimat telah disampaikan oleh Dayangku Siti Norainul Fathni binti Pengiran Haji Tajuddin.

Dalam taklimat berkenaan, para bakal graduan diberi keterangan mengenai melaksanakan fardu ‘ain bagi mahasiswa-mahasiswi yang beragama Islam dan dapat melahirkan graduan yang celik Al-Quran.

Antara mahasiswi yang hadir pada taklimat Bimbingan Khatam Al-Quran.
Antara mahasiswi yang hadir pada taklimat Bimbingan Khatam Al-Quran.
Dayangku Siti Norainul Fathni ketika menyampaikan taklimat melaksanakan fardu ‘ain bagi mahasiswa-mahasiswi yang beragama Islam.
Dayangku Siti Norainul Fathni ketika menyampaikan taklimat melaksanakan fardu ‘ain bagi mahasiswa-mahasiswi yang beragama Islam.

Menurut beliau, para bakal graduan mestilah dibimbing oleh pembimbing yang dilantik oleh pihak UBD bermula daripada juzuk 1 hingga 3, manakala itu 27 juzuk lainnya bolehlah ditasmi’ oleh sesiapa sahaja yang pandai membaca Al-Quran sama ada pembimbing luar atau pelajar UBD.

Selain itu, mereka juga mestilah dibimbing pembacaan keseluruhan 30 Juzuk Al-Quran dalam jangka masa yang ditetapkan dengan mengambil kira sebutan dan tajwid yang betul.

Program ini diharap dapat merealisasikan hasrat pembentukan ‘Generasi Al-Quran’ dan ‘Negara Zikir’ serta mahasiswa UBD yang keterampilan dan mendukung usaha Universiti untuk mencapai matlamatnya iaitu ‘ke arah kesempurnaan insan’.

ARTIKEL YANG SAMA