Bakal haji diraikan

Bakal haji diraikan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi tiga orang pegawai dan kakitangannya yang akan menunaikan Fardu Haji ke Tanah Suci, di bilik VIP, tingkat 1, kementerian berkenaan, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali, para pengarah, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP.

Bakal-bakal jemaah haji yang diraikan pada majlis itu ialah Jurukimia di Pusat Keselamatan Agrimakanan, Awang Muhd Hilmi bin Taib, Ketua Juruteknik Makmal di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Zainab binti Haji Abdul Hamid dan Pekerja Tingkat III (Open Vote) di Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Hajah Noor’aliah binti Abdullah.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bergambar ramai dengan bakal-bakal jemaah haji Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bergambar ramai dengan bakal-bakal jemaah haji Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, KSSUP, Haji Saiful Hazmi bin Haji Sulaiman dan diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali, sebelum majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Haji.

Majlis dihasratkan untuk sama-sama memohon keberkatan Allah S.W.T supaya kesemua bakal jemaah haji negara ini mendapat syafaat dan beroleh haji yang mabrur.