Bakal haji Kem. Pertahanan, ABDB diraikan

Bakal haji Kem. Pertahanan, ABDB diraikan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Seramai 55 bakal jemaah haji Kementerian Pertahanan dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), diraikan dalam Majlis Jiwa Murni bertempat di Surau Kementerian Pertahanan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Umar.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan bacaan Surah Yasin beramai-ramai diikuti dengan doa khas bagi bakal-bakal haji.

Pada majlis itu, tetamu kehormat turut menyampaikan derma dan cenderahati yang disumbangkan oleh ABDB kepada bakal-bakal haji.

Pemerintah ABDB menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal-bakal jemaah haji.
Pemerintah ABDB menyampaikan sumbangan dan cenderahati kepada bakal-bakal jemaah haji.

Daripada jumlah keseluruhan, 10 orang merupakan kakitangan Kementerian Pertahanan, 11 orang anggota ABDB dan 13 orang anggota ABDB yang telah bersara berserta keluarga masing-masing.

Jemaah haji ini akan bertolak pada penerbangan kedua dan ketiga.

Turut hadir ke majlis itu ialah Ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB.

ARTIKEL YANG SAMA