Bakal haji KKBS terima sumbangan

Bakal haji KKBS terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Lapan bakal jemaah Haji dari Kementerian -, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu Haji pada tahun ini diraikan dalam majlis Doa Selamat di Surau KKBS, petang tadi.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal haji berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh penceramah Pusat Dakwah Islamiah, Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang menyentuh mengenai kewajipan Haji dan niat sebenar atau tujuan menunaikan fardu Haji.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Nolila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada salah seorang bakal haji.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi menyempurnakan penyampaian sumbangan derma kepada salah seorang bakal haji.

ARTIKEL YANG SAMA