Bakal haji negara diraikan

Bakal haji negara diraikan

Oleh Sim Y. H., Siti Nur Wasimah S, Hajah Saemah Kepli & Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Rombongan bakal jemaah haji negara akan berlepas ke tanah suci Mekah pada 30 dan 31 Ogos ini, sehubungan dengan itu, bagi mendoakan semoga para bakal jemaah haji mendapat keamanan, kesejahteraan dan beroleh haji yang mabrur, pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan telah mengadakan majlis doa selamat bagi pegawai dan kakitangannya yang akan menunaikan haji tahun ini.

Kementerian Pembangunan adalah antara yang meraikan pegawai dan kakitangannya yang bakal menunaikan haji seramai 19 orang di kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan selaku Pengerusi Majlis, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin dan ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan di kementerian berkenaan.

Majlis turut diisi dengan ceramah Khas bertajuk ‘Keutamaan Ibadah Haji’ yang disampaikan oleh Haji Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, yang antara lain menghuraikan tentang kewajipan dalam menunaikan ibadah haji yang mampu mengerjakannya.

Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal haji.
Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal haji.
Seorang bakal haji perempuan menerima sumbangan daripada Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.
Seorang bakal haji perempuan menerima sumbangan daripada Yang Berhormat Pehin Haji Suyoi.

Bakal-bakal jemaah haji di majlis itu juga menerima sumbangan masing-masing yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Manakala itu, empat orang pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya turut diraikan dalam majlis seumpamanya yang berlangsung di bangunan kementerian berkenaan, di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal haji.
Yang Berhormat Pehin Haji Abdullah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal haji.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Hajah Airah binti Haji Abdullah, para pengarah bahagian, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin juga telah menyampaikan sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang diraikan.

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) turut meraikan 19 bakal haji termasuk tiga orang 3 orang bi’thah pada majlis yang berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan KHEU.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Yang Berhormat Pengiran Dato Dr Haji Mohammad menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal haji Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Yang Berhormat Pengiran Dato Dr Haji Mohammad menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada bakal haji Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof; Timbalan Setiausaha Tetap, Haji Harun bin Haji Junid; Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran/Kewangan), Awang Roslan bin Haji Taja’ah serta para pegawai kanan KHEU.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Perjalanan Cinta Menuju Ke-Al-Rahman’ yang disampaikan oleh Awang Muhammad Yussof bin Haji Majid.

Kemudian, majlis menyaksikan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal haji yang diraikan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad.

Sementara itu, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria turut meraikan dua pegawai dan kakitangannya pada majlis seumpamanya yang berlangsung di Dewan Bandaran Kuala Belait, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin.

Antara kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait yang hadir meraikan dua bakal haji jabatan itu.
Antara kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait yang hadir meraikan dua bakal haji jabatan itu.

Ceramah khas bertajuk ‘Memperolehi Haji Yang Mabrur’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Haji Haslan bin Haji Shahbudin, turut memeriahkan majlis, yang diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji oleh tetamu kehormat.

Bagi musim haji tahun 1436H/2015M, seramai 400 orang bakal jemaah haji akan berlepas meninggalkan Negara Brunei Darussalam menggunakan dua penerbangan dengan penerbangan pertama dijadualkan berlepas pada 30 Ogos kira-kira pukul 7.35 pagi manakala itu, penerbangan kedua pula, dijadualkan berlepas pada 31 Ogos pada kira-kira pukul 2.50 petang.

ARTIKEL YANG SAMA