Bakal haji TelBru terima sumbangan

Bakal haji TelBru terima sumbangan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh TelBru

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Ogos – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kepada kakitangannya, TelBru telah menghulurkan sumbangan kepada dua orang kakitangannya yang akan menunaikan Fardu Haji pada tahun ini.

Kedua-dua kakitangan berkenaan, Dayang Radih binti Haji Burut dan Dayang Noorul Amal binti Awang Zainal akan berlepas ke Tanah Suci masing-masing pada 18 dan 19 Ogos depan.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ketua Perkhidmatan Korporat TelBru, Hajah Rosmawati binti Haji Abdul Manaf.

Hajah Rosmawati (kanan) mewakili TelBru menyerahkan sumbangan kepada Dayang Noorul Amal yang akan menunaikan Fardu Haji.
Hajah Rosmawati (kanan) mewakili TelBru menyerahkan sumbangan kepada Dayang Noorul Amal yang akan menunaikan Fardu Haji.

Sumbangan tersebut adalah sebagai inisiatif TelBru, usaha daripada kakitangannya secara peribadi dan profesional.

Dayang Radih bertugas di TelBru sejak 1985 semasa dikenali sebagai Jabatan Telekom Brunei, manakala itu, Dayang Noorul Amal menyertai TelBru pada tahun 2010.

ARTIKEL YANG SAMA