Bakal jemaah diminta buat gelang tangan haji

Bakal jemaah diminta buat gelang tangan haji

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa semua bakal jemaah haji yang akan menunaikan fardu haji bagi tahun 1437H/2016M dikehendaki untuk membuat gelang tangan haji.

Ini adalah bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Haji Arab Saudi yang menghendaki semua bakal haji supaya memakai gelang tangan haji semasa berada di Tanah Suci sebagai tanda pengenalan diri, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KHEU, di sini, hari ini. Sehubungan itu, semua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang telah terpilih untuk menunaikan ibadat haji bagi musim haji tahun 1437H/2016M dikehendaki untuk membuat urusan penempahan gelang haji dengan syarikat yang dilantik iaitu Syarikat Manggo Tree Advertising di Unit No 103, Tingkat 1, Bangunan Kumbang Pasang, KM 3.5, Jalan Gadong, Bandar Seri Begawan, yang boleh dihubungi di talian 2241651 atau 8818576, mulai 1 Jun ini.

ARTIKEL YANG SAMA