Bakal jemaah haji diraikan

Bakal jemaah haji diraikan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Seramai 28 bakal jemaah haji dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diraikan dalam Majlis Jiwa Murni yang berlangsung di Dewan Punai, Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba, hari ini.

Majlis dikendalikan oleh ABDB bagi anggota tentera dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan yang akan berlepas ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji, yang terdiri daripada 12 orang pesara ABDB dan dua orang anggota ABDB yang masih berkhidmat bersama keluarga masing-masing.

Acara dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang diketuai oleh Awang Said bin Haji Yusof dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Pegawai Kanan Agama di Kementerian Pertahanan, Haji Roslan bin Haji Sulaiman dan doa khas bagi bakal-bakal haji berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian derma dan cenderahati kepada bakal jemaah haji di akhir majlis ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih menyampaikan cenderahati kepada salah seorang warga Kementerian Pertahanan yang bakal menunaikan haji tahun ini.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih menyampaikan cenderahati kepada salah seorang warga Kementerian Pertahanan yang bakal menunaikan haji tahun ini.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih bersama para tetamu yang lain di majlis meraikan bakal jemaah haji.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih bersama para tetamu yang lain di majlis meraikan bakal jemaah haji.

Turut hadir ialah ahli-ahli Komiti Eksekutif Pertahanan, para pengarah, pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan serta ABDB.

Sementara itu, di Kuala Belait, Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn Bhd (BSP) meraikan seramai 29 bakal jemaah haji yang terdiri daripada kakitangannya dan Brunei LNG Sdn Bhd berserta keluarga mereka, dalam majlis doa selamat yang diadakan di Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC), kelmarin.

Haji Kamaludin ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal jemaah haji.
Haji Kamaludin ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal jemaah haji.

pg09_150829_d

Antara kakitangan BSP dan Brunei LNG yang akan menunaikan haji tahun ini.
Antara kakitangan BSP dan Brunei LNG yang akan menunaikan haji tahun ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Pengarah Urusan dan Pengarah Sumber-sumber Manusia BSP, Haji Kamaludin bin Haji Bungsu, yang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan berupa keperluan ibadah haji kepada bakal-bakal jemaah haji berkenaan.

Menurut kenyataan BSP, kakitangan yang akan menunaikan haji tahun ini termasuk mereka yang menerima Skim Bantuan Haji BSP. Skim bantuan berkenaan disediakan bagi kakitangan Muslim Syarikat-syarikat Usaha Sama Brunei Shell sebagai sebahagian daripada Pernyataan Nilai Pekerja (EVP) syarikat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA