Bakal ketua menteri Tamil Nadu dipenjara

NEW DELHI, 14 Feb – Mahkamah Tinggi India menjatuhkan hukuman penjara empat kepada bakal Ketua Menteri Tamil Nadu, VK Sasikala hari ini bagi kesalahan rasuah dalam peraturan yang menghalang beliau daripada memegang jawatan.

VK Sasikala telah didapati bersalah memiliki ‘aset yang tidak seimbang’ dalam kes yang sudah dijalankan itu dan juga melibatkan mentornya, Jayalalithaa Jayaram, bekas ketua menteri negeri itu yang meninggal dunia pada bulan Disember.

Sasikala tidak hadir pada perbicaraan di New Delhi tetapi mahkamah memerintahkan dia segera menyerah kepada polis untuk memulakan hukumannya.

Panel itu turut menjatuhkan anak saudara lelaki dan perempuan beliau dengan hukuman sehingga empat tahun penjara selepas mahkamah rendah sebelum ini membebaskan mereka daripada sebarang salah laku.

Sasikala, dinamakan sebagai pengganti Jayalalithaa oleh parti All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) dan dijangka mengangkat sumpah hujung minggu ini.

Gambar fail pada 2 Ogos 2005 menunjukkan, Sasikala Natarajan (kiri) dan Ilavarasi, dua daripada empat tertuduh dalam kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa, tiba untuk perbicaraan di mahkamah khas di Bangalore, India. – AP
Gambar fail pada 2 Ogos 2005 menunjukkan, Sasikala Natarajan (kiri) dan Ilavarasi, dua daripada empat tertuduh dalam kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa, tiba untuk perbicaraan di mahkamah khas di Bangalore, India. – AP

Berikutan itu, bekas penjual pita rakaman video itu tidak berpeluang memegang jawatan yang kini kosong selepas penyandangnya, Jayalalithaa Jayaram meninggal dunia pada Disember, tahun lalu.

Keputusan itu bererti Sasikala berusia 59 tahun dihalang daripada bertanding bagi mana-mana pejabat awam bagi satu dekad dan Panneerselvam kini mungkin untuk kekal menerajui negeri selatan yang makmur itu.

Kes rasuah bermula sejak 1990-an apabila Jayalalithaa dan Sasikala dituduh meraih keuntungan daripada pejabat Ketua Menteri dan mengumpul kekayaan di luar pendapatan mereka. Mereka didakwa bersama-sama memiliki beberapa banglo, kereta mewah, ladang teh, lapan tan perak, hampir 30 kilogram (66 paun) emas dan beribu-ribu pakaian sari. – AFP