Bakal pengantin berpeluang menangi 2 tiket penerbangan

Bakal pengantin berpeluang menangi 2 tiket penerbangan

Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Feb – Butik Mahligai Seri Pengantin yang terletak di Unit 6, Tingkat 1, Simpang 79, Bangunan Jerudong Bintang, di Jerudong, buat pertama kalinya menawarkan kempen cabutan bertuah dinamakan “Kawin Honeymoon Free” bagi para pelanggan yang mengambil pakej-pakej ditawarkan.

Menerusi kempen berkenaan, pasangan pengantin berpeluang memenangi dua tiket penerbangan pergi balik berserta tempat penginapan tiga hari dua malam di destinasi pilihan sama ada Singapura, Malaysia, Bangkok Thailand, Jakarta, Ho Chi Minh City, dan Vietnam mengikut syarat-syarat yang diberikan.

Promosi pakej yang ditawarkan adalah pakej separuh harga untuk bulan Februari hingga Julai 2016.

Pakej-pakej berkenaan itu merangkumi sepasang pakaian bersanding, sepasang pakaian berbedak, pelamin untuk pengantin perempuan, gerbang dan bunga pintu, empat kedudukan lilin dan tempat kedudukan nikah, bunga tangan dan keris, aksesori lelaki dan perempuan, payung dan kipas tangan pengantin, dua lampu serta percuma tiga gubahan hantaran.

Butik Mahligai Seri Pengantin terletak di Bangunan Jerudong Bintang, Jerudong.
Butik Mahligai Seri Pengantin terletak di Bangunan Jerudong Bintang, Jerudong.

Selain daripada itu, butik berkenaan juga menyediakan baju pengantin baru, gubahan hantaran, perlengkapan set berbedak atau set perlengkapan pakaian Brunei mengikut cita rasa moden.

ARTIKEL YANG SAMA