Bakal PM Turki utamakan perlembagaan baru

Bakal PM Turki utamakan perlembagaan baru

ANKARA, 22 Mei (Reuters) – Bakal perdana menteri Turki mengatakan keutamaan kerajaan barunya adalah perlembagaan baru untuk menubuhkan sebuah sistem eksekutif presiden, satu langkah yang akan memberikan Presiden Tayyip Erdogan kuasa lebih meluas yang dicari-carinya selama ini.

Binali Yildirim juga memberitahu satu kongres khas parti memerintah AK hari ini bahawa dia akan meneruskan perjuangan menentang Negara Islam (IS) dan militan Kurdish di dalam negara dan di Syria, mengatakan perubahan dalam kepimpinan tidak akan menjejaskan kempen.

“Masalah negara ini dan kecintaan negara ini adalah tanggungjawab presiden,” katanya. “Perlembagaan baru akan jadi satu sistem eksekutif presiden.”

Yildirim, pada masa ini menteri pengangkutan dan sekutu rapat Erdogan selama dua dekad, merupakan satu-satunya calon bagi ketua parti dan untuk itu perdana menteri seterusnya.

Dia akan menggantikan Ahmet Davutoglu yang mengumumkan bahawa dia akan berundur bulan ini susulan beberapa minggu ketegangan awam dengan Erdogan.

Binali Yildirim, bakal perdana menteri Turki mengutamakan sistem eksekutif presiden. – AP
Binali Yildirim, bakal perdana menteri Turki mengutamakan sistem eksekutif presiden. – AP

Pengundian rasmi dijadualkan diadakan lewat hari ini dan Yildirim dijangka berucap sekali lagi sebaik sahaja dia dipilih sebagai ketua parti.

Pengasas bersama parti AKP bersama Erdogan, Yildirim sudah menjadi pemacu di sebalik projek infrastruktur besar-besaran di Turki yang merupakan satu daripada tunggak utama kejayaan pilihan raya parti semasa dekad pertamanya dalam kuasa.

Erdogan dan penyokongnya melihat satu sistem eksekutif presiden, serupa dengan sistem di Amerika Syarikat atau Perancis, sebagai satu jaminan terhadap pakatan politik berpecah-belah yang menjejaskan kerajaan dalam 1990an.