Bakal sambut cahaya mata ke-20

Bakal sambut cahaya mata ke-20

5-tahunUNITED KINGDOM, 15 November 2011 – Pada usia 45 tahun, Michelle Duggar memang sibuk menguruskan 19 orang anak bersama suaminya, Jim Bob, tetapi nampaknya itu tidak menghalang mereka bergembira sekali lagi untuk menyambut cahaya mata ke-20.

Di sebalik usianya yang agak lanjut, Michelle berkata dia dan Bob tetap teruja dengan berita baik itu. Pada ketika itu hamil tiga setengah bulan dan semakin mengidam makanan masam, Michelle berkata, tidak timbul sebarang kebimbangan terhadap kesihatannya.

Sebaik sahaja mengetahui dirinya hamil, Michelle mendapatkan pandangan doktor dan dia gembira apabila diberikan lampu hijau bagi tempoh tiga bulan pertamanya.

Keluarga besar dan terus membesar itu menjadi bintang dalam siri realiti televisyen dan penonton baru saja melihat bagaimana pasangan suami isteri itu menerima dua orang cucu.

Jarak usia anak-anak keluarga Duggar adalah dari 23 tahun hingga ke 23 bulan. Anak sulung mereka, Josh dan isterinya, Anna, telah diangugerahkan anak perempuan, Mackynzie, 2, dan Michael, pada musim panas sebelum ini.

Sebenarnya Michelle dan Bob berkata bahawa mereka tidak merancang keluarga, mereka hanya berserah kepada tuhan dalam menentukan berapa ramai anak akan diperolehi.

Menurut Michelle, setiap yang berlaku dalam hidup manusia tidak terjadi secara kebetulan.

Beliau menambah jika ditakdirkan hamil sekali lagi, dia dan Bob akan menyambutnya dengan penuh kesyukuran.

Katanya, tuhan menentukan sama ada dia mampu hamil atau tidak.

“Kami hanya tunggu dan lihat,” katanya.

Bagi anak-anak mereka, pada mulanya mereka menyangka ibu bapa mereka hanya bergurau apabila diberitahu bahawa mereka akan menerima adik baru.

“Ketika ini, saya dan Michelle berasa seolah-olah menjadi ibu bapa yang paling bertuah di dunia ini.

“Anak-anak kami semuanya hebat dan kami bersyukur kepada tuhan kerana anugerah itu.”

ARTIKEL YANG SAMA