Bakar diri bantah hamba seks

Bakar diri bantah hamba seks

SEOUL, 12 Ogos – Seorang lelaki Korea Selatan membakar dirinya hari ini di luar kedutaan Jepun di Seoul ketika bantahan besar terhadap perekrutan paksa hamba seks oleh Jepun untuk memberi khidmat kepada rumah pelacuran tentera ketika Perang Dunia II.

Rakaman berita televisyen menunjukkan para pembantah lain menggunakan selimut dan air botol untuk cuba memadamkan api sebelum perkhidmatan kecemasan tiba.

Anggota bomba akhirnya mengalihkan lelaki itu dengan mengusungnya ke kereta ambulans yang mengejarkannya ke hospital.

Keadaannya yang sebenar tidak diketahui, tetapi laporan berita tempatan mengatakan kecederaan tersebut tidak membahayakan nyawanya.

Agensi berita Yonhap mendedahkan identitinya sebagai seorang yang berusia 81 tahun dengan nama keluarga Choi, dari bandar selatan, Gwangju.

Membakar diri sendiri bukanlah sesuatu yang luar biasa di Korea Selatan dan terutamanya lumrah ketika pergerakan pro demokrasi pada tahun 1980an dan awal 90an, apabila sebilangan aktivis pelajar membakar diri mereka sendiri ketika tunjuk perasaan umum. – AFP

Seorang lelaki membakar dirinya (kiri) manakala seorang wanita cuba membantu memadamkannya di luar Kedutaan Jepun di Seoul pada 12 Ogos 2015. – AFP
Seorang lelaki membakar dirinya (kiri) manakala seorang wanita cuba membantu memadamkannya di luar Kedutaan Jepun di Seoul pada 12 Ogos 2015. – AFP