Bakat muda pukau penonton

Bakat muda pukau penonton

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah merupakan salah seorang bakat cilik yang berjaya memukau penonton malam kelmarin.

Selain itu, persembahan para pemuzik dan penari muda yang berbakat telah menambah lagi kemeriahan acara Roots and Wings Musical Charity di Arts Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Acara amal yang diadakan untuk meraih dana bagi dua pertubuhan bukan berasaskan keuntungan iaitu Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) dan La Vida Bhd, yang memberi tumpuan untuk menjadi pusat sumber keluarga dan menghubungkan ibu bapa dengan profesional yang mahir dalam memberikan penjagaan kepada kanak-kanak berkeperluan khas.

Antara kumpulan dan pemuzik yang turut menceriakan acara amal ini ialah Fitness Zone Ballerinas dan penari kontemporari, atlet SOBD, En Pointe Brunei, Hand Mime, Relentless Entertainment Brunei, Sunday@8, Dance Synergy, para pelajar muda Del Mar Virtuoso Music School dan Expression Music Academy.

Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan menyertai persembahan nyanyian dan tarian daripada para pemuzik dan penari muda berbakat.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan menyertai persembahan nyanyian dan tarian daripada para pemuzik dan penari muda berbakat.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan menyertai persembahan tarian semasa acara amal Roots and Wings Musical Charity.
Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah ketika berkenan menyertai persembahan tarian semasa acara amal Roots and Wings Musical Charity.
Antara persembahan yang turut diadakan sempena acara amal Roots and Wings Musical Charity, kelmarin.
Antara persembahan yang turut diadakan sempena acara amal Roots and Wings Musical Charity, kelmarin.

Pengerusi acara konsert Cynthia Bong dalam ucapannya amat berbangga dengan anak muda yang berbakat kerana bekerja keras dalam menjayakan acara amal dengan persembahan yang kreatif.

Manakala Pengarah Urusan Fitness Zone, Wu Chun, yang turut hadir berkata, “Saya sentiasa menunjukkan minat terhadap seni dan kebudayaan, dan saya mahu menyumbang dengan memberi peluang dalam membangunkan generasi muda di negara ini.

“Ketika saya masih muda, tidak pernah peluang yang besar seperti ini datang kepada saya untuk dapat membuat persembahaan di khalayak ramai secara global,” tambah beliau.

“Ia benar-benar satu detik yang menyeronokkan untuk menyaksikan persembahan yang bertenaga seperti ini,” kata beliau lagi.

ARTIKEL YANG SAMA