Bake Culture adakan promosi Giant Combo

Bake Culture adakan promosi Giant Combo

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Jun – Bake Culture dan rakan kongsi Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) hari ini meraikan media tempatan dalam sesi bersungkai di cawangan Bake Culture, Kiulap, di sini dengan menghidangkan menu istimewa mereka ‘kombo istimewa’ yang bertujuan untuk membawa keluarga bersilaturahim dengan Festive Giant Combo.

Festive Giant Combo terdiri daripada enam roti Pandesal, satu set kuih klasik Melayu, satu liter minuman kelapa segar dan Giant Feast Wrap berukuran 8 inci.

Giant Feast Wrap adalah hidangan kari tradisional yang dibungkus di dalam roti paun yang boleh dinikmati oleh tiga hingga empat orang.

Menu istimewa ‘kombo istimewa’ Bake Culture.
Menu istimewa ‘kombo istimewa’ Bake Culture.

“Kami menyaksikan trend budaya berbuka di seluruh dunia semasa bulan Ramadan serta mengeratkan pertalian kekeluargaan dan kami berharap akan dapat membantu mencapai budaya tersebut di negara ini dengan Festive Giant Combo,” jelas Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun.

Harga biasa kombo tersebut ialah $30 dan kini Bake Culture menawarkan dengan harga $19.90, sepanjang bulan Ramadan dan bulan Syawal yang bakal menjelang.

Para pelanggan yang membelinya dengan menggunakan kad kredit BIBD mendapat diskaun 10 peratus bagi pemegang kad debit dan diskaun 15 peratus bagi pemegang kad kredit Platinium.

ARTIKEL YANG SAMA