Bake Culture adakan tawaran cuti sekolah

Bake Culture adakan tawaran cuti sekolah

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Nov – Dengan musim cuti persekolahan penggal akhir bakal bermula tidak lama lagi, Bake Culture menyediakan tawaran menarik bermula hari ini.

Dalam promosi ini, pelanggan berpeluang mendapat diskaun $2 bagi setiap pembelian $5 ke atas dalam satu resit, bagaimanapun, ketika membuat pembayaran mereka perlu menunjukkan risalah promosi sempena cuti sekolah berkenaan yang boleh didapati daripada rakan-rakan niaga Bake Culture seperti Gong Cha (semua cawangan), Fitness Zone, The Energy Kitchen, QQ Mobile Shop dan Restoran Cheezbox.

Sejak dibuka rasmi pada 26 Ogos yang lalu, Bake Culture telah memperkenalkan lebih banyak hidangan kepada orang ramai dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Antara hidangan yang diperkenalkan ialah Ichigo Pudding, Turkish Salted Bun, Burnt Cheese and Chocolate Bomb dan banyak lagi. Pilihan roti Eropah juga popular dalam kalangan masyarakat Eropah di negara ini dengan Artisnale Baguette (French Loaf) juga menjadikan pelanggan Perancis merindui kampung halaman mereka.

Wu Chun bergambar bersama roti-roti yang dijual di kedai roti Bake Culture.
Wu Chun bergambar bersama roti-roti yang dijual di kedai roti Bake Culture.

Dengan mengambil kesempatan sempena ulang tahun kelahiran artis antarabangsa dan Pengarah Bake Culture, Wu Chun, kedai roti berkenaan telah melancarkan satu siri pelbagai kek pada 10 Oktober lalu yang juga menjadi kegemaran pelanggan kerana penggunaan bahan-bahan premium.

Pengenalan produk-produk inovatif dan berkualiti ini adalah atas dedikasi pasukan pembuat rotinya yang berpengalaman dengan diketuai oleh cef yang memenangi anugerah.

Pendorong kuat di belakang pasukan tersebut ialah pemilik berprofil tinggi seperti Wu Chun, Vanness Wu, Calvin Chen dan Yves Chiu, Shih Feng, Presiden Persatuan Kedai Roti Taiwan dan ramai lagi.

Wu Chun berkata, “Kerana apa yang kami lakukan, kami bertuah kerana dapat menikmati pelbagai makanan dari pelbagai negara dan kami berharap agar dapat mengongsikannya dengan para pelanggan dan rakan-rakan”.