Bake Culture dapat sambutan

Bake Culture dapat sambutan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Sejak membuka pintunya secara rasmi pada 27 Ogos lalu, francais kedai roti terkenal dari Taiwan, Bake Culture, yang terletak di Kiulap terus mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga banyak roti yang dihasilkan habis dijual.

Kedai yang mempunyai pilihan hampir 200 jenis roti dan kuih itu menggunakan ramuan istimewa bagi roti-rotinya iaitu Mentega Laktik, yang diterbangkan dari Perancis.

Kedai roti unik itu membawa konsep yang sungguh santai dan dipenuhi dengan seni-seni lukisan yang menceritakan mengenai budaya membuat dan membakar roti-roti yang enak, segar dan penuh berkualiti.

Di samping itu, dengan berkunjung ke kedai roti itu juga umpama melawat ke muzium di mana sebilangan besar roti-roti yang dipamerkan mempunyai kisah-kisahnya tersendiri.

Wu Chun bergambar di sudut Selfie yang turut disediakan di kedai berkenaan.
Wu Chun bergambar di sudut Selfie yang turut disediakan di kedai berkenaan.
Wu Chun dan dua artis terkenal dari Taiwan, Vaness Wu (3 dari kiri) dan Calvin Chen (2 dari kiri) bergambar bersama pembekal dari Perancis.
Wu Chun dan dua artis terkenal dari Taiwan, Vaness Wu (3 dari kiri) dan Calvin Chen (2 dari kiri) bergambar bersama pembekal dari Perancis.

Menurut Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun, adalah menjadi harapan mereka bahawa setiap pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk membeli roti-roti yang segar dan berkualiti tetapi juga berpeluang untuk belajar mengenai sejarah, budaya dan bahasa.

Selain daripada itu, tambahnya lagi, bagi para pelanggan Bake Culture, terdapat juga disediakan sebuah sudut Selfie di mana mereka boleh bergambar dengan tandatangan selebriti dan juga Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman yang merasmikan kedai roti berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA