Bake Culture perkenal 2 jenis kek

Bake Culture perkenal 2 jenis kek

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Bake Culture, kedai roti yang menampilkan barisan pakar pembuat roti dari Taiwan hari ini telah melancarkan dua jenis kek majlis bersiri iaitu kek ‘Red Velvet Gown’ dan ‘Dark Chocolate Coat’.

Pelancaran kedua-dua kek tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun yang terkenal sebagai selebriti dunia.

‘Red Velvet Gown’ merupakan kek dengan corak bunga ros di sekelilingnya dengan ros berwarna merah di tengah-tengah kek yang berperisa coklat dengan slogan ‘Ros di Antara Kebanyakan Ros’ (A Rose Among Roses).

Ia dikenali sebagai Kek Waldorf Astoria dan Bake Culture memperkenalkannya semula tanpa mengandungi bahan pewarna.

Sementara itu, ‘Dark Chocolate Coat’ adalah kek kacang coklat rangup yang dibuat seperti mahkota yang didatangkan dengan kata ‘The King of Rock’. Ia dihasilkan dengan menggunakan coklat hitam Belgium sebagai salah satu perisa.

Wu Chun memperkenalkan dua jenis kek, kek ‘Red Velvet Gown (kiri) dan ‘Dark Chocolate Coat’.
Wu Chun memperkenalkan dua jenis kek, kek ‘Red Velvet Gown (kiri) dan ‘Dark Chocolate Coat’.
Wu Chun menerima hadiah daripada kakitangan Bake Culture sempena hari jadinya.
Wu Chun menerima hadiah daripada kakitangan Bake Culture sempena hari jadinya.

“Selain menggunakan bahan semula jadi dan berkualiti, yang memberi identiti dan cerita kepada kek kami, ia juga adalah cara kami untuk memberitahu pelanggan kami bahawa kesemuanya ini datangnya daripada cerita dan pengalaman mereka yang memberikan kami inspirasi,” kata Wu Chun.

Di majlis itu juga, Wu Chun telah diberikan kejutan hadiah istimewa daripada kakitangan Bake Culture sempena ulang tahun beliau. Sementara itu, Pengurus Pemasaran Bake Culture, Jonathan Bong mengatakan orang ramai yang mengetahui mengenai pelancaran kek berkenaan, sudah mulai membuat tempahan.

Bake Culture yang terletak di bangunan tiga tingkat, jalan utama Kiulap itu merangkumi aras bawah sebagai tempat jualan roti, manakala tingkat satu pula menyediakan sebuah bilik untuk para pelanggan bersantai sambil melihat pemandangan luar dengan tingkap-tingkap besar serta sebuah dapur berkaca besar bagi para pelanggan melihat para cef membuat roti.

ARTIKEL YANG SAMA