Bake Culture perkenal 4 perisa kek baru

Bake Culture perkenal 4 perisa kek baru

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Okt – Bagi penggemar kek, Bake Culture kini memperkenalkan barisan empat perisa kek terbaru yang boleh didapati di cawangannya di Kiulap.

Kek-kek baru diperkenalkan itu termasuk Italian Tiramisu Asli, Kek Keju Fresh Mango, White Chocolate Crunchy dan Oreo Volcano yang menambah lagi pilihan jenis dan perisa kek bagi para peminat Bake Culture.

Keempat-empat kek berkenaan boleh diperolehi dalam tiga saiz iaitu kecil, sederhana dan besar.

Di samping itu, sebagai satu keistimewaan bagi para pelanggan Bake Culture, kedai kek itu juga menyediakan kek bersaiz mini istimewa bagi pelbagai pilihan kek yang akan diperkenalkan bermula 24 Oktober.

Kek Tiramisu dihasilkan oleh Bake Culture menggunakan bahan premium iaitu Galbani Mascarpone yang mana ia memberikan perisa lebih asli dan lazat bagi para penggemar kek Tiramisu.

Barisan kek terbaru bersaiz mini yang mula dijual pada 24 Oktober.
Barisan kek terbaru bersaiz mini yang mula dijual pada 24 Oktober.

Pengarah Urusan Bake Culture, Wu Chun berkata bahawa cef yang bertugas di Bake Culture sering kali dihantar ke luar negara untuk menjalankan latihan supaya mereka sentiasa meningkatkan kemahiran mereka untuk membuat kek-kek yang lazat menggunakan bahan ramuan berkualiti.

Menurut Bake Culture lagi, bagi setiap siri kek Every Occasion, yang dibeli, para pelanggan akan menerima pek perayaan secara percuma yang mengandungi lilin, set peralatan makan dan piring kertas dalam kotak. Pek itu juga boleh dibeli oleh para pelanggan pada harga $5 satu set.

Selain daripada pelancaran barisan produk terbaru itu, Bake Culture juga meneruskan promosi Joyful Celebration bermula 1 hingga 31 Oktober dengan tawaran istimewa Joyful Moment BUNdle, di mana setiap pembelian lima ban, para pelanggan akan mendapat mana-mana jenis roti secara percuma di mana tawaran itu bermula setiap hari dari pukul 6 petang sehingga waktu tutup.

Bake Culture memperkenalkan barisan produk-produk baru setiap minggu, oleh itu, para pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini melalui media sosial Facebook atau Instagram.

ARTIKEL YANG SAMA