Bake Culture perkenal promosi roti istimewa

Bake Culture perkenal promosi roti istimewa

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Feb – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32, Bake Culture memperkenalkan promosi roti istimewa melalui Siri Kampungnya yang dilancarkan dengan membawa tema ‘Khazanah Brunei’.

Inspirasi roti-roti yang diperkenalkan itu diilhamkan daripada makanan kegemaran masyarakat Brunei.

Bersempena dengan promosi istimewa itu, Bake Culture memperkenalkan hidangan Roti Sate dan Roti Pusu yang mana setiap roti menggabungkan makanan kegemaran masyarakat Brunei dengan kaedah membuat roti yang moden.

Kampung series.
Kampung series.

Roti-roti Siri Kampung keluaran Bake Culture kini boleh diperoleh di kedai roti berkenaan di Kiulap dan bagi mereka yang ingin untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi promosi berkenaan boleh mengikuti media sosial Bake Culture.

ARTIKEL YANG SAMA