Bake Culture taja tiga persatuan

Bake Culture taja tiga persatuan

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Ogos – Sempena Larian Amal Alumni Sekolah Menengah Chung Hwa (CHMS), Bake Culture Brunei mengumumkan akan menaja larian amal bagi tiga buah persatuan bukan kerajaan iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Pusat Persatuan KACA, dan Persatuan SMARTER Brunei.

Sehubungan itu, penyampaian tajaan berkenaan telah diadakan di Bake Culture Kiulap yang diselajurkan dengan sidang media dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pusat Ehsan, Pusat KACA, dan SMARTER Brunei.

Pengurus Bake Culture, Yves berkata, Bake Culture sangat berbesar hati untuk turut serta dalam menaja acara amal itu dan berharap semakin banyak pihak akan turut terlibat menjayakan acara amal berkenaan.

Larian amal berkenaan dibahagikan kepada empat kategori, 10.5km, 5.5km, 3km dan kategori Bake Culture khas bagi orang-orang yang berkeperluan khas.

Sempena larian ini juga, Bake Culture akan menyumbangkan sebanyak 350 roti Bake Culture kepada peserta berkeperluan khas sahaja, dan bagi 1000 orang peserta pertama juga akan diberikan baucar diskaun sebanyak 10 peratus.

Wakil dari Bake Culture menyampaikan replika tajaan kepada wakil-wakil daripada tiga persatuan yang ditaja.
Wakil dari Bake Culture menyampaikan replika tajaan kepada wakil-wakil daripada tiga persatuan yang ditaja.

Menurut Yves lagi, larian amal telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan, di mana seramai 3,000 orang peserta telah mendaftar dalam larian berkenaan yang terdiri daripada penduduk tempatan dan dari luar negara.

Larian Amal CHMS ini akan diadakan pada 25 September 2016, dan dijangka akan berlangsung di Stadium Negara Haji Hassanal Bolkiah, Berakas.

Menurut kenyataan daripada Persatuan Alumni CHMS, dengan adanya kategori Bake Culture, ia juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara Alumni CHMS dan Bake Culture yang bertujuan untuk mempromosi aktiviti sihat untuk amal.

“Dengan adanya kerjasama ini, kami berharap akan dapat membantu mereka yang berkeperluan khas agar mereka mendapat perhatian yang cukup serta bergembira,” ujar Yves.

Bake Culture dan Persatuan Alumni CHMS juga mengumumkan pendaftaran bagi larian amal berkenaan kini masih dibukakan untuk orang ramai hingga 8 September 2016.

ARTIKEL YANG SAMA