Bakteria ‘maut’ musuh baru Afghan

Bakteria ‘maut’ musuh baru Afghan

KUNDUZ, Afghanistan, 25 Jun (Reuters) – Sebuah hospital di Afghanistan telah pun terbatas dengan perkhidmatan mereka akibat mangsa korban perang yang meningkat dan kini menghadapi satu lagi risiko yang hanya mula terdedah: jenis bakteria amat mudah berjangkit yang menjadikan rawatan lebih sukar.

Sementara ketahanan ubat merupakan satu masalah di hospital di seluruh dunia, bukti awal daripada penjejakan oleh Medecins Sans Frontieres (MSF) dalam tempoh dua tahun lalu mencadangkan keadaan mungkin adalah teruk di Afghanistan. Di pusat trauma di utara bandar Kunduz, di mana tentera Afghan bertempur dengan militan Taliban, kakitangan telah mengenal pasti hampir 100 kes bakteria yang menentang ubat, atau hampir 30 peratus daripada sampel yang diuji, sejak tahun lalu.

Ia meletakkan tekanan yang lebih ke atas pusat yang dikendalikan oleh MSF yang sudah pun bergelut untuk menghadapi dan mengatasi penggempur dan orang awam yang cedera.

Pada pagi panas pada pertengahan Jun, dewan klinik dipenuhi dengan pengusung yang membawa kira-kira satu dozen kakitangan keselamatan Afghan yang cedera dalam serangan mortar oleh pemberontak.

Seorang lelaki bergelut untuk bernafas, dan bau besi menyelubungi udara tatkala kakitangan mengelap kesan darah daripada lantai berjubin putih.

Tidak jauh dari situ, remaja Zemairy, salah satu kakinya terpaksa dipotong selepas peluru mortar meletup di belakang halaman rumahnya beberapa hari sebelum itu, terlantar di wad yang sunyi.

Lukanya telah dijangkiti bakteria dan ubat yang diambilnya tidak berkesan. Kakitangan menguji luka untuk bakteria yang menentang ubat dan mulai merawatnya dengan ubat berlainan, di mana keadaannya bertambah baik selepas itu.

Pada akhir Jun, beliau telah dimasukkan ke hospital selama hampir 40 hari.

“Saya fikir akan kehilangannya, atau mungkin dia akan kehilangan kaki sebelah,” kata Ameer Muhammad, bapa Zemairy.

Doktor di Kunduz tidak mempunyai data untuk mencartakan masalah jangka panjang, tetapi mereka berasa bimbang.

Hospital itu merancang mengembang makmal untuk menguji darah pesakit demi mengesan organisma yang mana satu yang mengakibatkan jangkitan dan jenis ubat yang digunakan untuk merawat mereka; buat masa sekarang, makmal hanya boleh menguji nanah daripada luka yang dijangkiti.

ARTIKEL YANG SAMA