Bakteria najis dijumpai dalam ais KFC di Britain

Bakteria najis dijumpai dalam ais KFC di Britain

LONDON, 26 April – Bakteria dari najis telah dijumpai di dalam secawan air berisikan ais di restoran KFC di Birmingham, Britain, menurut laporan BBC semalam.

Seorang penyelidik menyamar sebagai sebahagian daripada program penyiasatan mengenai kebersihan kedai makanan yang popular dan kedai-kedai kopi dalam rancangan BBC ‘Rip Off Britain’. “Kami mendapati tahap bacteria yang tinggi dalam ais,” kata Margarita Gomez Escalada di Universiti Leeds Beckett , yang mengkaji sampel ais.

“Kehadiran koliform najis menunjukkan bahawa ada pencemaran najis sama ada pada air yang dibuat kepada ais, atau daripada ais itu sendiri, ia boleh meningkatkan risiko untuk mendapat sakit dari memakan ais itu,” katanya dalam program tersebut.

“Ia benar-benar sukar untuk mengatakan bagaimana bakteria najis itu sampai ke ais selepas kami mengujinya. Perkara yang saya fikir adalah kemungkinan ianya sampai di sana melalui manipulasi. Ia boleh dari seseorang yang menyentuh ais tersebut dan tangan mereka berada dalam keadaan kotor.” – Xinhua