Bakti dan sumbangan kaunselor dihargai

Bakti dan sumbangan kaunselor dihargai

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Jawatankuasa Kaunselor-kaunselor Senegara, baru-baru ini, telah menganjurkan Malam Ceria Kaunselor 2015 bagi menghargai sumbangan dan bakti yang dicurahkan oleh semua pegawai dan kaunselor seluruh negara.

Majlis yang berlangsung di Hotel StarLodge, Jerudong, itu telah dihadiri oleh Penolong Pengarah/Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor selaku tetamu kehormat majlis.

Cabutan bertuah dan persembahan oleh kaunselor sekolah menengah dan rendah memeriahkan majlis pada malam itu.

Gambar ramai kaunselor bersama tetamu kehormat.
Gambar ramai kaunselor bersama tetamu kehormat.
Salah seorang kaunselor yang diraikan berucap.
Salah seorang kaunselor yang diraikan berucap.

Majlis turut meraikan seorang kaunselor yang pencen, Haji Muhd Rawi bin Abdullah dan kaunselor yang berpindah iaitu Awang Zahirin Zulhilmi bin Haji Mohd Kassim daripada Kaunselor Sekolah Menengah, Kementerian Pendidikan kepada Penolong Pegawai Kaunselor, Bahagian Perkhidmatan Kaunseling, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa majlis, Haji Marzalani bin Mohd Daud, antara objektif majlis berkenaan adalah untuk menyatukan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sedia ada di antara sesama kaunselor sekolah dengan pegawai Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK).

Di samping itu, untuk menghargai perkhidmatan kaunselor di peringkat rendah dan menengah atas usaha mereka dalam melaksanakan khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah masing-masing.

ARTIKEL YANG SAMA