BAKTI TUDB anjur Majlis Doa Kesyukuran

BAKTI TUDB anjur Majlis Doa Kesyukuran

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Sempena memperingati penubuhan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang genap 50 tahun pada hari ini, ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei (BAKTI TUDB) telah menyambut hari ulang tahun yang bersejarah itu dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Pangkalan Tentera Udara Rimba,

Majlis keagamaan dihadiri oleh Ketua Cawangan BAKTI TUDB, Dayang Maria Eliza Carlos binti Abdullah, selaku tetamu kehormat majlis, dan juga ahli-ahli BAKTI TUDB.

Majlis bermula dengan menunaikan solat fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Imam Tentera Udara Diraja Brunei, PW2 (U) Mohd Suni bin Haji Mahmud.

Seterusnya bacaan Surah Yasin beramai-ramai pula dipimpin oleh Penolong Pegawai Turus Perhubungan Luar Tentera/Atase Pertahanan dari Jabatan Arah Perisikan, Kementerian Pertahanan, Lt Norazimah binti Haji Othman.

Bacaan Surah Yasin ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei.
Bacaan Surah Yasin ahli-ahli Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei.
Gambar ramai ahli BAKTI TUDB di hadapan Arca Ulang Tahun TUDB ke-50.
Gambar ramai ahli BAKTI TUDB di hadapan Arca Ulang Tahun TUDB ke-50.

Bacaan Doa Kesyukuran pula diketuai oleh Pegawai Pelatih Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT), Lt Fahzilleana Emey binti Ahmad Alisa Eswan.

BAKTI TUDB berfungsi sebagai sebuah persatuan kebajikan bagi isteri-isteri warga Tentera Udara Diraja Brunei, yang aktif dalam kegiatan berkebajikan, sosial dan agama bersama cawangan-cawangan BAKTI yang lain.

Dengan adanya majlis ini, ahli-ahli BAKTI TUDB berpeluang untuk memberi sokongan serta penghargaan kepada kerjaya suami masing-masing iaitu sebagai warga Tentera Udara Diraja Brunei, sambil memohon rahmat dan berkat daripada Allah S.W.T.

ARTIKEL YANG SAMA