Balai Bomba Cawangan Operasi ‘E’ anjur majlis khatam

Balai Bomba Cawangan Operasi ‘E’ anjur majlis khatam

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 26 Jun – Cawangan Operasi ‘E’, Bomba Daerah Tutong kelmarin telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil serta Doa Arwah di Balai Bomba, Tutong.

Hadir selaku Tetamu kehormat di tersebut ialah Ketua Pemerintah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Penguasa Kanan Bomba, Awang Sharin bin Haji Mohd Jawie.

Seramai 32 orang terdiri daripada semua peringkat pegawai dan anggota Bomba Cawangan Operasi ‘E’, Bomba Daerah Tutong telah menyertai majlis bertadarus membaca Al-Quran sebelum ini mengikut juzuk yang telah ditetapkan kepada setiap peserta. Majlis petang itu diselajurkan dengan penyampaian derma suka duka kepada Pegawai dan anggota Cawang Operasi ‘E’ Bomba Daerah Tutong yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

Semasa Majlis Khatam Al-Quran dijalankan.
Semasa Majlis Khatam Al-Quran dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA