Balai Bomba Shell Brunei terima kunjungan murid cilik

Balai Bomba Shell Brunei terima kunjungan murid cilik

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 28 Ogos – Lebih 60 orang murid Pra, Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut II, mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Shell Brunei, Jalan Tengah di sini untuk mendapat pendedahan mengenai tugas seorang anggota bomba serta untuk menambahkan pengetahuan serta pengalaman mereka.

Guru mereka, Dayang Aniza binti Haji Taib yang mengetuai lawatan tersebut memberitahu, lawatan hari ini merupakan antara aktiviti yang bertujuan untuk mendedahkan kanak-kanak dengan aktiviti lawatan sambil belajar.

Ketibaan mereka dialu-alukan oleh Komander Stesen Balai Bomba Shell Brunei, Awang Ahmad Ambri Amin bin Kassim.

Rombongan tersebut yang disertai lima orang guru dan 15 orang ibu bapa itu, turut diberi taklimat mengenai dengan keselamatan balai, tip-tip keselamatan di rumah, nombor kecemasan, selain mengenai jentera bomba dan kelengkapan bomba.

Murid–murid begitu tekun mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh anggota Bomba Shell semasa lawatan itu.
Murid–murid begitu tekun mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh anggota Bomba Shell semasa lawatan itu.

Mereka juga diberi penerangan mengenai fungsi Balai Bomba Shell, serta fungsi bilik-bilik kawalannya, serta penerangan cara-cara dan latihan menyelamatkan diri di dalam bilik gelap.

Kemuncak lawatan itu ialah, peluang menaiki kereta bomba, serta menyaksikan demonstrasi yang ditunjukkan oleh anggota-anggota bomba semasa lawatan tersebut.

Ternyata murid-murid begitu ceria apabila diberikan peluang tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA