Balai Bomba Sungai Liang anjur pertandingan Tatacara Penyampaian

Balai Bomba Sungai Liang anjur pertandingan Tatacara Penyampaian

Oleh Saemah Kepli

 

SERIA, 4 Julai – Bagi meningkatkan pengetahuan anggotanya dalam memberikan taklimat dan membiasakan diri berhadapan dengan orang ramai, Pertandingan Tatacara Penyampaian antara anggota Pasukan ABC Balai Bomba Sungai Liang telah diadakan, hari ini.

Pertandingan anjuran Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang itu juga diadakan antara lain sebagai aktiviti majlis ilmu sempena bulan Ramadan.

Menurut Stesen Komander Balai Bomba Sungai Liang, Awang Muhammad Ali, pertandingan ini juga bertujuan untuk memilih dua orang wakil anggota bomba ke pertandingan antara balai cawangan Operasi B yang akan diadakan nanti.

Pertandingan berkenaan telah disertai seramai 22 orang anggota bomba lelaki daripada Pasukan ABC (waktu pejabat), di mana Pasukan C yang diketu-ai oleh DSO Erang anak Japang muncul sebagai pasukan terbaik, manakala Penyampai Terbaik dimenangi oleh Awang Kamalzurzaman bin Musa.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Timbalan Pe-gawai Pemerintah Cawangan Operasi E, Balai Bomba Tutong, Awang Mohammad Shazuan bin Suhaine.

Turut hadir ialah para pegawai dari Balai Bomba Kuala Belait, Seria, SPARK, Labi dan para pegawai Ibu Pejabat Operasi B, Jalan Maulana, Kuala Belait.

Salah seorang pemenang menerima hadiah daripada Awang Mohammad Shazuan sambil disaksikan oleh Awang Muhammad Ali.
Salah seorang pemenang menerima hadiah daripada Awang Mohammad Shazuan sambil disaksikan oleh Awang Muhammad Ali.