Balai polis ditawan

Balai polis ditawan

YEREVAN, 17 Julai – Sebuah kumpulan bersenjata Armenia yang berkaitan dengan seorang ketua pembangkang yang dipenjarakan merampas bangunan polis di Yerevan hari ini, membunuh seorang anggota polis dan menawan beberapa tebusan lain, termasuk pegawai polis tertinggi.

Salah seorang lelaki bersenjata berkata mereka menuntut peletakan jawatan Presiden Serzh Sarkisian dan pembebasan banduan politik namun khidmat keselamatan negara menyangkal khabar angin itu dalam media sosial bahawa rampasan itu masih dalam operasi.

“Sebuah kumpulan lelaki bersenjata memasuki premis rejimen polis di Yerevan dan menawan tebusan di bawah ancaman keganasan,” kata Perkhidmatan Keselamatan Negara Armenia dalam satu kenyataan.

“Seorang anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera. Dua tebusan telah dibebaskan,” katanya.

Salah seorang lelaki bersenjata itu berkata dalam media sosial bahawa tebusan di balai polis di daerah Erebuni Yerevan itu termasuk timbalan ketua polis negara.

Para pegawai polis Armenia menyekat jalan ke balai polis Erebuni di Yerevan pada 17 Julai. Sekumpulan bersenjata berkaitan dengan ketua pembangkang yang dipenjara telah menawan bangunan polis di Yerevan. – AFP
Para pegawai polis Armenia menyekat jalan ke balai polis Erebuni di Yerevan pada 17 Julai. Sekumpulan bersenjata berkaitan dengan ketua pembangkang yang dipenjara telah menawan bangunan polis di Yerevan. – AFP

Nikol Pashinyan, seorang ahli perundangan yang bertemu dengan penawan tebusan, memberitahu jurnalis bahawa kumpulan itu telah menawan lapan anggota polis namun membebaskan seorang yang mengalami tekanan darah tinggi.

“Kerajaan Armenia terus beroperasi secara biasa, polis menjalankan tugas mereka untuk melindungi keselamatan awam,” kata perkhidmatan keselamatan, menyangkap khabar angin rampasan tersebut.

Laporan-laporan media berkata kumpulan itu turut menuntut pembebasan Zhirair Sefilyan, seorang ahli politik pembangkang yang ditangkap bulan lalu kerana dipercayai memiliki senjata api. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA