Balak sekat aliran sungai

Balak sekat aliran sungai

KOTA KINABALU, 17 Jun (Bernama) – Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menimbang untuk mendapatkan bantuan pihak tentera bagi mengeluarkan balak yang menyekat aliran Sungai Liwagu berikutan banjir lumpur di Ranau.

Menterinya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata timbunan balak yang besar itu mungkin terlalu berisiko bagi kontraktor yang dilantik untuk melakukannya.

“Idea untuk meminta pihak tentera terlibat dalam kerja pembersihan itu adalah wajar dan perlu dipertimbangkan bagi mengeluarkan balak-balak itu,” katanya.

“Jika kontraktor juga takut, maka kita perlukan keberanian pihak tentera.