Bale cedera buku lali

Bale cedera buku lali

LISBON, 23 Nov – Real Madrid menerima tamparan hebat 11 hari menjelang pertemuan menentang musuh tradisi Barcelona dalam saingan Liga Sepanyol selepas Gareth Bale mengalami kecederaan buku lali kanan serius ketika menewaskan Sporting Lisbon 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam.

Bale mempamerkan prestasi terbaiknya sejak beberapa minggu lalu yang menyaksikan dia menerima tawaran lumayan bagi memperbaharui kontraknya bersama kelab gergasi Sepanyol berkenaan sehingga 2022.

Kemenangan di ibu negara Portugal itu menyaksikan Real mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik untuk kali ke-20 berturut-turut tetapi perlu menewaskan Borussia Dortmund di laman sendiri bagi bergelar juara Kumpulan F. – AFP

Bale meraung kesakitan selepas cedera buku lali semasa menentang Porto kelmarin. – AFP
Bale meraung kesakitan selepas cedera buku lali semasa menentang Porto kelmarin. – AFP