Bale gembira mara ke suku akhir

Bale gembira mara ke suku akhir

PARIS, 26 Jun (AFP) – Pemain bintang Wales, Gareth Bale berkata pasukannya gembira memenangi perlawanan yang kurang menarik selepas menumpaskan Ireland Utara 1-0 untuk mara ke suku akhir Euro 2016, awal pagi tadi.

Bale yang juga penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol, dikawal rapi skuad bimbingan Michael O’Neill di Parc des Princes hingga minit ke-75, apabila hantaran lintangnya ditampan Gareth McAuley sebelum menerjah gawang sendiri. “Apa yang boleh saya katakan? Kami tahu ia akan menjadi satu perlawanan yang tidak menarik,” kata Bale.

“Ireland Utara menyebabkan permainan menjadi sukar. Tidak banyak ruang di depan gol. Anda tidak boleh berkata apa-apa lagi. Ia adalah luar biasa.”

Wales bakal berdepan sama ada Belgium atau Hungary yang akan berentap di Lille, awal pagi esok.

Gareth Bale bersama pasukannya meraikan kemaraan mereka ke pusingan suku akhir. – AFP
Gareth Bale bersama pasukannya meraikan kemaraan mereka ke pusingan suku akhir. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Ia menakjubkan,” kata pengurus Wales Chris Coleman. “Kami menunjukkan lebih banyak keyakinan dan keberanian.

“Perkara yang bagus berkenaan pemain saya apabila mereka tidak beraksi dengan baik adalah mereka tetap bersemangat.

“Malah pada pada masa sama kami tetap tenang. Kami lebih suka berdiri di sini, di suku akhir walaupun tidak beraksi pada tahap terbaik.

“Kami memberi kredit kepada Ireland Utara mereka adalah lawan yang sukar. Mereka pasukan yang bagus. Kami mempunyai perancangan untuk perlawanan akan datang, siapa saja yang bakal ditentang.”

ARTIKEL YANG SAMA