Bale idam tambah gelaran Liga Juara-Juara

Bale idam tambah gelaran Liga Juara-Juara

MADRID, 5 Mei (AFP) – Gareth Bale percaya dia telah mengubah laluan di Real Madrid selepas mengetuai kelab gergasi Sepanyol untuk perlawanan akhir kedua Liga Juara-Juara dalam tempoh tiga tahun bersama kelab itu.

Jaringan Bale terhasil selepas bola dipesongkan oleh hadangan midfield Brazil, Fernando ke gawang sendiri untuk menyerahkan Madrid kemenangan 1-0 secara agregat ke atas Manchester City semalam untuk aksi final dengan musuh setempat Atletico Madrid di Milan, 28 Mei ini.

Pemain Wales itu menjaringkan gol ketika Real menewaskan Atletico 4-1 selepas masa tambahan dalam tempoh dua tahun terakhir lalu untuk melengkapkan tahun pertama yang berjaya di Madrid.

Bagaimanapun, beliau mengharungi musim kedua yang sukar, malah dicemuh penyokong sendiri apabila terlepas beberapa peluang ketika Real tunduk kepada Juventus pada peringkat separuh akhir musim lalu.

“Saya rasa seperti sudah matang,” Bale memberitahu BT Sports. “Cakap Sepanyol saya semakin baik dan integrasi bersama pasukan juga lebih baik. Beberapa tahun pertama agak sukar, tetapi apabila anda melepasi tanda aras, semua perkara lebih mudah. ​​Saya rasa seperti saya rasa seperti telah mengubah lencongan sekarang. Saya menikmati permainan di sini. “

Bale meraikan jaringan pembukaan Real di Santiago Bernabeu, kelmarin. – AFP
Bale meraikan jaringan pembukaan Real di Santiago Bernabeu, kelmarin. – AFP

Jaringan Liga Juara-Juara pertama Bale musim ini telah dinafikan oleh UEFA dan gol tunggal perlawanan itu telah dikreditkan kepada Fernando yang malang.

Tetapi beliau berkata, satu lagi kejayaan ke final telah mewajarkan keputusannya menolak tawaran lumayan untuk kembali ke Liga Perdana pada musim panas lalu untuk tetap bersama Madrid.

“Tidak penting siapa menjaringkan gol – gol sendiri atau siapa sahaja,” katanya. “Saya datang ke sini untuk memenangi Liga Juara-Juara. Saya sudah ada satu dan saya mendapat peluang untuk memenangi satu lagi sekarang.

“Cukup hebat untuk berada di final sekali lagi, tetapi ada satu lagi permainan menentang Atletico Madrid yang sukar dan degil.

“Mereka ke sana kerana mereka adalah pasukan yang baik, tetapi kami sudah bersedia sekarang,” tambah Bale.

ARTIKEL YANG SAMA