Bale kekal pemain terbaik Wales

Bale kekal pemain terbaik Wales

LONDON 9 Nov – Pemain penyerang Real Madrid Gareth Bale dinamakan Pemain Terbaik Tahunan Wales buat kali keempat berturut-turut dan kali keenam dalam tujuh tahun pada anugerah Pertubuhan Bola Sepak Wales, hari ini.

Bale, 27, mengaspirasikan Wales dengan penampilan separuh akhir pada Euro 2016, menjaringkan tiga gol dalam peringkat kumpulan dan memerlukan tiga gol untuk menyamai rekod jaringan kebangsaan yang dicatat Rush iaitu sebanyak 28 gol.

Tahun ini juga menyaksikannya memenangi Liga Juara-Juara kedua bersama Madrid.

“Satu penghargaan yang amat besar untuk dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan FA Wales!” tulis Bale dalam laman Twitter. “Berbanyak-banyak terima kasih kepada kesemua yang terlibat termasuk kakitangan dan para peminat.”

Gareth Bale mempertahankan gelarannya sebagai Pemain Terbaik Tahunan Wales setelah dinamakan sebagai pemegang gelaran itu oleh Pertubuhan Bola Sepak Wales. – AFP
Gareth Bale mempertahankan gelarannya sebagai Pemain Terbaik Tahunan Wales setelah dinamakan sebagai pemegang gelaran itu oleh Pertubuhan Bola Sepak Wales. – AFP

Bale baru-baru ini telah melanjutkan kontraknya bersama Real Madrid bagi tempoh enam tahun dan diberikan ganjaran sebanyak AS$750,000 seminggu sebelum cukai.

Melalui bayaran tersebut, Bale telah mengekalkan kedudukannya sebagai salah seorang pemain berpendapatan tertinggi seperti rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo dan pemain bintang Barcelona Lionel Messi dan Neymar.

Sementara itu, pengurus Chris Coleman menerima Anugerah Khas FAW pada acara itu di Vale of Glamorgan, Selatan Wales.

Pemain tengah Stoke City, Joe Allen, diundi sebagai Pemain Terbaik oleh peminat, sementara pemain pertahanan Reading Chris Gunter menerima anugerah media. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA