Bale: Menangi peringkat kumpulan satu bonus

Bale: Menangi peringkat kumpulan satu bonus

UEFA-Euro-2016-Logo

BTOULOUSE, 21 Jun (AFP) – Gareth Bale menikmati prestasi terbaik menyarung jersi Wales ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Rusia, awal pagi tadi sekali gus membawa pasukannya ke pusingan kalah mati Euro 2016.

Jaringan dari Aaron Ramsey, Neil Taylor dan Bale meletakkan Wales pada landasan terbaik untuk mencapai sasaran mereka memenangi kejohanan utama buat kali pertama sejak Piala Dunia 1958.

Keputusan seri tanpa jaringan antara England dengan Slovakia menyaksikan anak buah Roy Hodgson jatuh ke tangga kedua dalam Kumpulan B.

“Menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan teratas adalah bonus untuk kami,” kata Bale.

Bale ketika ini adalah penjaring terbanyak kejohanan dan pemain pertama menjaringkan gol dalam semua tiga perlawanan peringkat kumpulan sejak Milan Baros melakukannya bersama Republik Czech pada tahun 2004.

“Prestasi yang mungkin terbaik dalam penyertaan saya di kejohanan ini,” kata Bale.

“Kami sentiasa berkata ‘tiada penyesalan’. Apa saja sokongan dan apa cara sekali pun yang menakjubkan (untuk mara).

“Kami bermula dengan sangat baik, kami tidak rasa terlalu gugup pada permulaan dan sangat yakin.”

Perlawanan Wales seterusnya akan berlangsung di Paris pada Sabtu. Mereka tidak akan mengetahui siapa lawan mereka sehingga pusingan akhir perlawanan dalam kumpulan A, C dan D.

ARTIKEL YANG SAMA