Bale Pemain Terbaik Wales

Bale Pemain Terbaik Wales

LONDON, 6 Okt (AFP) – Bintang Real Madrid, Gareth Bale dipilih sebagai Pemain Terbaik Welsh 2015 yang mencatat rekod untuk kali kelima semalam.

Bale menang anugerah itu selepas pembabitannya dalam lapan daripada sembilan gol Wales dalam kempen kelayakan Euro 2016 dengan meledak enam gol dan membantu dalam dua jaringan.

Komitmen bekas penyerang Tottenham itu menyaksikan Wales hampir layak ke kejohanan besar untuk kali pertama dalam 58 tahun.

Skuad bimbingan Chris Coleman itu hanya memerlukan satu mata sahaja lagi dalam dua perlawanan kelayakan mereka iaitu menentang Bosnia-Herzegovina di tempat lawan dan Andorra di gelanggang sendiri untuk mara ke Euro 2016 di Perancis, tahun depan.

Bale juga dinamakan sebagai pemain tahunan dan pemain peminat tahunan dalam satu majlis di Cardiff.

Bale dipilih sebagai Pemain Terbaik Welsh 2015 untuk kali kelima semalam. – AFP
Bale dipilih sebagai Pemain Terbaik Welsh 2015 untuk kali kelima semalam. – AFP

“Lihatlah tahun lalu dan dia menjaringkan beberapa gol luar biasa untuk kami,” kata Coleman. “Semua pemain telah melakukan yang terhebat, tetapi dalam buku saya, dia berhak mendapatkannya kerana apa yang dia lakukan dalam kempen ini.”

Sementara itu, Coleman telah menuduh negara-negara utama Eropah takut untuk menentang pasukannya menjelang Euro 2016. Coleman mahu dua perlawanan persahabatan November depan terhadap lawan dari kelas atasan sebagai permulaan untuk Wales membina jati pasukan untuk melangkah ke peringkat akhir. Tetapi Itali adalah antara negara yang menolak tawaran perlawanan persahabatan Wales menyebabkan Coleman begitu kecewa.

“Kami fikir mungkin boleh menggoda Sepanyol atau Jerman untuk mengetahui berapa bagusnya pasukan kami, tetapi tiada sebarang minat ditunjukkan,” kata Coleman. “Kami telah ditolak oleh satu atau dua pasukan dan Itali pula tidak mahu bermain menentang kami.

ARTIKEL YANG SAMA