Bale, Ramos sedia beraksi

Bale, Ramos sedia beraksi

MADRID, 4 Okt (Reuters) – Gareth Bale dan Sergio Ramos dari Real Madrid cergas untuk kembali beraksi hari ini di Atletico Madrid tetapi James Rodriguez direhatkan, kata jurulatih Rafa Benitez.

Atletico dilihat akan memberikan Benitez dengan ujian kuat sebagai bos di Real.

Walaupun pasukan kendalian Diego Simeone belum mencatatkan rentak terbaik, mereka memiliki kualiti untuk memberikan masalah kepada Real dan bersemangat tinggi dengan kekuatan di tempat sendiri dipertaruhkan.

Kekalahan Real 4-0 kepada Atletico di Calderon musim lalu memainkan peranan signifikan dalam keputusan mereka untuk mengetepikan bekas jurulatih Carlo Ancelotti dan membawa masuk Benitez, yang digambarkan lebih berdisiplin.

Benitez berharap mempunyai pemain –pemain yang kembali dari bilik rawatan bagi perlawanan tersebut diberikan peningkatan dengan kepulangan Bale dan Ramos, tetapi Rodriguez mengalami kekecewaan dalam pemulihan daripada kecederaan paha yang dialaminya.

“Keduanya (Bale dan Ramos) telah cergas tetapi satu lagi perkara untuk memiliki rentak sesuai bagi beraksi dan saya telah melihat mereka berlatih dengan baik, kami akan membuat keputusan ke atas mereka esok,” kata jurulatih itu.

“Saya telah bercakap bersama Gareth dan dia dalam keadaan baik. Pemain bola sepak selalu mempunyai harapan untuk beraksi dan kami akan mempertimbangkan keadaan itu.

“Dia (Rodriguez) mengalami kecederaan dan kesakitan di bahagian yang sama sebelum ini. Pada Khamis lalu dalam latihan dia mengalami masalah itu sekali lagi jadi dia tidak akan beraksi dalam perlawanan ini.”

Rodriguez juga terlepas dua perlawanan antarabangsa bagi Colombia menentang Peru dan Uruguay. Jurulatih Colombia, Jose Pekerman dan doktor pasukan, Carlos Ulloa keduanya dalam sesi latihan di Madrid untuk melihat Rodriguez.