Bale sasar Ireland Utara

Bale sasar Ireland Utara

DINARD, 24 Jun (AFP) – Selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di atas England, bintang Wales, Gareth Bale kini memburu kejayaan ke atas Ireland Utara pada peringkat kalah mati.

Wales memintas England sebagai pendahulu Kumpulan B, walaupun tewas pada pertembungan antara mereka, dan Bale menganggapnya satu kejayaan membanggakan.

“Ia adalah kemenangan moral buat kami. Ia memberikan anda hak untuk bercakap besar apabila menjadi juara kumpulan,” kata Bale.

Sebelum pertemuan dengan England, Bale bermain perang psikologi tetapi tewas 2-1 pada perlawanan itu.

Kombinasi gambar Bale (kanan) ketika di Toulouse 20 Jun lalu dan penyerang Ireland Utara, Lafferty di Belfast pada 28 Mac lalu. Wales akan berdepan Ireland Utara pada pusingan 16 terakhir esok. – AFP
Kombinasi gambar Bale (kanan) ketika di Toulouse 20 Jun lalu dan penyerang Ireland Utara, Lafferty di Belfast pada 28 Mac lalu. Wales akan berdepan Ireland Utara pada pusingan 16 terakhir esok. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Wales diletakkan sebagai pasukan pilihan menjelang pertemuan dengan Ireland Utara, tetapi Bale tidak menggunakan pendekatan sama seperti pertemuan dengan England.

“Kami sedar setiap perlawanan sama penting. Kami akan menghadapinya satu persatu. Kami mahu menang tetapi tumpuan kini adalah kepada Ireland Utara,” kata Bale berkenaan peluang Wales di Euro 2016.

ARTIKEL YANG SAMA