Bale selamat jalani pembedahan

Bale selamat jalani pembedahan

MADRID, 30 Nov – Pemain paling berharga Wales, Gareth Bale selamat menjalani pembedahan buku lali di London, semalam dan dijangka perlu berehat selama dua bulan.

Kelab gergasi Sepanyol itu dalam satu kenyataan berkata pembedahan membabitkan pemain kelahiran Wales itu berjalan lancar.

“Pemain kami Gareth Bale berjaya mengharungi pembedahan hari ini selepas mengalami kecederaan tendon peroneal di pergelangan kaki kanannya,” kata Real.

“Pembedahan dijalankan di Hospital King Edward VII, London oleh Dr James Calder dan doktor pasukan, Dr Mikel Aramberri di bawah seliaan Dr Jesus Olmo, ketua perubatan jabatan perubatan Real Madrid.”

Bale terpaksa dikeluarkan selepas sejam beraksi ketika Real mencatat kemenangan 2-1 ke atas Sporting Lisbon pada 22 November lalu dalam kempen Liga Juara-Juara.

Bale ketika mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Sporting Gijon baru-baru ini. – AP
Bale ketika mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Sporting Gijon baru-baru ini. – AP

Kemenangan sekali gus mengesahkan kedudukan penyandang juara Eropah itu ke peringkat 16 terakhir dengan catatan rekod untuk 20 musim berturut-turut.

Media Sepanyol melaporkan kecederaan yang dialami Bale dijangka memerlukan tempoh dua bulan untuk pulih.

Ini bermakna dia akan terlepas keseluruhan musim 2016, Piala Dunia Kelab di Jepun dan kemungkinan pertemuan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA