Bale tonggak Wales hadapi Moldova

Bale tonggak Wales hadapi Moldova

CARDIFF, United Kingdom, 4 Sept – Gareth Bale mengambil langkah pertama ke kelayakan Piala Dunia bersama Wales menentang Moldova Selasa ini dan pengurus Chris Coleman percaya pemain itu semakin bagus.

Bale, 27, menjaringkan tiga gol ketika Wales mencipta sensasi dengan mara ke separuh akhir Euro 2016, menyamai persembahan terbaik buat pasukan British dalam kejohanan luar negara.

Kini cabaran akan menantinya untuk terus membina rentak sedia ada dengan membantu Wales ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Coleman berkata, pemain sayap Real Madrid itu mahu lebih banyak mencipta sejarah.

“Gareth menjaringkan gol dalam tempoh 75 saat untuk perlawanan pertama Real musim ini (berdepan Real Sociedad), tetapi saya tidak pernah terkejut,” kata Coleman menjelang perlawanan pembukaan Kumpulan D itu di Stadium Cardiff City.

Gareth Bale yang merupakan pemain harapan pasukan Wales. - AP
Gareth Bale yang merupakan pemain harapan pasukan Wales. – AP

“Saya tahu dia boleh melakukan apa saja dan saya rasa Madrid sangat teruja mengenai masa depan bersama Balo.

“Mereka menyedari mereka memiliki seseorang untuk berada di situ buat seketika dan seseorang yang mampu menang apa saja.

“Dia masih boleh menjadi lebih baik. Bersama kemampuan menakjubkan, dia juga memiliki mentaliti kelas pertama.

“Ia adalah formula kemenangan buat Real Madrid dan Wales, dan saya rasa dia sekali lagi merasai musim yang bagus.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA