Bale tumpu kepada strategi permainan

Bale tumpu kepada strategi permainan

PARIS, 4 Julai – Pengendali Wales Chris Coleman menegaskan Gareth Bale hanya akan memberi tumpuan untuk kegemi-langan Euro 2016, berbanding cuba mengatasi Cristiano Ronaldo.

Dua bintang Real Madrid itu akan bertembung pada perlawanan pusingan kalah mati di Lyon, Khamis ini. Coleman mengakui persaingan akan kembali memuncak antara dua pemain termahal dunia itu apabila mereka berkongsi padang dalam dua pasukan berbeza buat pertama kali sejak April 2011.

Bale yang bersama Tottenham ketika itu, dibelasah 5-0 secara agregat oleh Real pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara, dengan Ronaldo menjaringkan dua gol. “Mereka adalah dua pemain terbaik di planet ini,” kata Coleman.

“Mereka mengenali antara satu sama lain dengan amat rapat. “Saya tidak rasa saingan sengit berlaku antara kedua-dua pasukan, tidak hanya Cristiano dan Gareth. Kami tahu apa yang dipertaruhkan. Sebarang persahabatan perlu menunggu sehingga permainan selesai.

Bale ketika mengambil bahagian dalam sesi latihan di Dinard, semalam. Coleman menegaskan Gareth Bale hanya akan memberi tumpuan untuk kegemilangan Euro 2016, berbanding cuba mengatasi Cris-tiano Ronaldo. - AFP
Bale ketika mengambil bahagian dalam sesi latihan di Dinard, semalam. Coleman menegaskan Gareth Bale hanya akan memberi tumpuan untuk kegemilangan Euro 2016, berbanding cuba mengatasi Cris-tiano Ronaldo. – AFP

“Saya tidak fikir Bale akan melihat ini dan berfikir dia perlu menyerlah hanya kerana siapa yang menjadi lawannya. Kami perlu ingat di mana dia pernah berada, permainan yang pernah diharungi, peringkat yang dia pernah sampai.

“Bale akan melihat ia sebagai satu lagi ujian yang besar. Siapa saja di atas padang, mereka berada di laluan kami, dan kami perlu mencari jalan untuk mengatasi mereka.”

Coleman juga tidak akan mempersiapkan pasukannya semata-mata untuk mengawal pergerakan Ronaldo, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada keupayaan pemain-pemainnya sendiri. – Agensi