Bales pimpin Wales hampiri Euro 2016

Bales pimpin Wales hampiri Euro 2016

NICOSIA, 4 Sept (AFP) – Gareth Bale meletakkan Wales semakin hampir dengan Euro 2016 dan penampilan pertama kejohanan utama sejak 58 tahun apabila gol lewat bintang Real Madrid itu memberikan kemenangan 1-0 ke atas Cyprus semalam.

Tandukan kencang Bale menenangkan pertemuan tegang lapan minit sebelum tamat di Nicosia untuk mengekalkan Wales mengungguli Kumpulan B dan kemenangan ke atas Israel Ahad ini akan menjamin tempat pada final di Perancis tahun depan.

Kali terakhir Wales layak ke kejohanan utama ialah pada Piala Dunia 1958, dengan legenda seperti Ryan Giggs, Ian Rush dan Mark Hughes tidak mendapat peluang untuk mempamerkan bakat mereka di pentas terbesar.

Tetapi kesengsaraan panjang itu boleh dikembalikan ke dalam buku-buku sejarah di Cardiff hujung minggu ini terima kasih kepada sentuhan bekas penyerang Tottenham yang menyumbangkan enam gol untuk melebarkan rekod tanpa kalah Wales kepada tujuh perlawanan dalam kempen kelayakan.

Bale menanduk bola untuk jaringan tunggal perlawanan semasa menentang Cyprus di Stadium GSP di Nicosia semalam. – Reuters
Bale menanduk bola untuk jaringan tunggal perlawanan semasa menentang Cyprus di Stadium GSP di Nicosia semalam. – Reuters

Dengan baki tiga permainan, pasukan Chris Coleman boleh tersenyum lebar dengan tiga mata di depan pasukan tempat kedua Belgium dan lima mata di depan Israel yang menduduki tempat ketiga.

Walaupun aksi kali ini bukan persembahan vintaj menentang Cyprus di tangga ke-82 dunia, sambutan meriah Bale dan rakan sepasukannya selepas tamat permainan menggariskan bahawa keputusan ini amat penting.

Ini adalah era keemasan untuk Wales; mereka belum pernah tewas permainan kompetitif selama dua tahun dan ranking terbaru FIFA meletakkan mereka di atas England buat kali pertama.

Walaupun begitu, Coleman mencabar pemainnya untuk membuktikan mereka boleh menghadapi tekanan Cyprus dengan persembahan terbaik di atas padang yang menyiksakan.

ARTIKEL YANG SAMA