Ballardini kembali kemudi Palermo

Ballardini kembali kemudi Palermo

MILAN, 12 April (AFP) – Presiden Palermo Maurizio Zamparini mengumumkan akan membuat perubahan kejurulatihan kelapan musim ini selepas mengumumkan pemecatan Walter Novellino dan kembalinya Davide Ballardini (gambar), semalam.

Palermo yang berada di sekitar zon penyingkiran Serie A yang menyebabkan peminat marah dan melontar suar ke dalam padang dan menyebabkan permainan dihentikan dua kali ketika pasukan mereka tewas 3-0 kepada Lazio pada Ahad.

Kali ini adalah salah satu musim paling teruk Palermo sejak kebelakangan ini, dan pengkritik menuding jari kepada Zamperini dan ketidakupayaannya untuk kekal yakin pada saat persembahan kelab merudum.

Zamparini dilaporkan membuat 57 perubahan kejurulatihan dalam tempoh 29 tahun terlibat dalam permainan profesional. Sebelum Palermo, beliau bertanggungjawab di Venezia. Palermo memulakan musim dengan Giuseppe Iachini, yang kontraknya bermula pada 2013.

pg21_160413_d

Apabila Palermo mula bergelut pada November, Iachini dipecat dan digantikan dengan Ballardini. Beliau hanya bertahan selama dua bulan sebelum Zamparini hilang sabar dan memecat beliau pada Januari.

Selepas Fabio Viviani mengambil alih sebagai penjaga sementara untuk satu permainan, kelab melantik bekas pemain antarabangsa Argentina Guillermo Barros Schelotto. Tetapi tanpa lencana kejurulatihan rasmi, beliau terpaksa meninggalkan kelab selepas beberapa minggu.

Giovanni Tedesco dan Giovanni Bosi bergilir-gilir sebagai jurulatih sementara sebelum Iachini dijemput untuk mengambil jawatan itu sekali lagi pada 15 Februari.

Zamparini muncul di televisyen mendakwa Iachini adalah orang paling tepat untuk tugas itu dan berikrar memperlihatkan sesuatu musim ini. Tetapi Iachini bertahan tidak sampai sebulan sebelum berhenti pada 10 Mac, dan berjanji untuk tidak kembali.