Ballon d’Or tahun ini untuk Messi – Neymar

Ballon d’Or tahun ini untuk Messi – Neymar

LONDON, 15 Okt – Bintang Brazil, Neymar sudah berpuas hati andai namanya berada dalam senarai tiga calon bagi pemenang Ballon d’Or, tahun ini namun menegaskan, anugerah itu sudah ‘dikhaskan’ untuk Lionel Messi.

Cemerlang membantu Barcelona menjulang tiga trofi, musim lalu, Neymar dan Messi masing-masing boleh dianggap antara calon hangat pemilik anugerah berprestij itu yang dimenangi bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, tahun lalu.

Ketika Neymar boleh dianggap agak sukar meletakkan namanya dalam senarai tiga terbaik, penyerang Brazil itu tidak ragu-ragu mengatakan Messi akan diumumkan sebagai pemenang. “Leo adalah pilihan,” kata Neymar kepada akhbar Mundo Deportivo.

“Tahun ini, Ballon d’Or dikhaskan untuk Messi, pemain terbaik dunia sudah pun diketahui.

“Untuk segala-gala yang sudah dilakukannya, Leo layak untuk mendapatkannya. “Saya berharap untuk terus meningkat bersamanya.

Neymar (kanan) menegaskan, anugerah Ballon d’Or tahun ini sudah ‘dikhaskan’ untuk Lionel Messi. – Agensi
Neymar (kanan) menegaskan, anugerah Ballon d’Or tahun ini sudah ‘dikhaskan’ untuk Lionel Messi. – Agensi

“Dia adalah yang terbaik dan idola saya. Dan jika saya banyak belajar daripadanya, mungkin satu hari nanti saya boleh menang. “Sudah tentu saya mahu berada di tempat tiga terbaik, ia sesuatu yang hebat buat saya,” katanya. – Agensi