Balotelli akan diturunkan

Balotelli akan diturunkan

MILAN, 22 Sept (AFP) – Mario Balotelli akan memulakan aksi pertamanya sejak kembali ke AC Milan ketika Rossoneri kembali ke Udinese hari ini untuk mengekalkan momentum selepas kemenangan 3-2 ke atas Palermo pada hujung minggu.

Balotelli menyertai semula Milan dengan persetujuan pinjaman selama semusim bulan lalu selepas mengalami kesukaran bersama Liverpool, yang disertainya pada musim panas 2014 selepas hanya 18 bulan di San Siro.

Pemain berusia 25 tahun itu telah membuat dua kemunculan setakat ini bagi pasukan Sinisa Mihajlovic, yang diturunkan dari bangku simpanan pada separuh masa kedua dalam kekalahan 1-0 kepada Inter Milan dan kemudian menentang Palermo Sabtu lalu apabila penyerang Carlos Bacca menjaringkan gol kemenangan 3-2 ke atas pasukan Sicilia.

Dengan midfield dari Slovakia Juraj Kucka dan pertahanan Ignazio Abate menyertai senarai kecederaan Milan, Mihajlovic semalam berkata dia bersedia untuk membuat perubahan bagi kunjungan ke utara yang dilabelkannya sebagai ‘sukar’.

Ini bermakna Balotelli yang diarahkan untuk mematuhi senarai peraturan yang ketat oleh gergasi Itali ketika ketibaannya bulan lalu, akan beraksi bagi Milan esok.

Mihajlovic (kiri) memberikan arahan kepada Mario Balotelli semasa menentang Palermo dalam aksi Serie A di San Siro, 19 September lalu. – Reuters
Mihajlovic (kiri) memberikan arahan kepada Mario Balotelli semasa menentang Palermo dalam aksi Serie A di San Siro, 19 September lalu. – Reuters

Biarpun lesen memandunya digantung bulan lalu kerana memandu laju kereta Lamborghini dengan 90km/j dalam zon pemanduan 50km/j, penyerang itu menggembirakan Mihajlovic dengan sikap ‘tenangnya’ di dalam dan luar padang.”

“Balotelli akan bermula, tetapi saya belum menentukannya lagi. Terdapat beberapa perubahan tetapi saya mahu mengekalkan sebanyak mungkin peraturan saya,” kata pengurus dari Serbia itu.

Ditanya jika dia memikirkan Balotelli sudah berubah, Mihajlovic menambah: “Saya tidak tahu bagaimana keadaanya sebelum ini. Saya mengenalinya ketika dia berusia 17 tahun di Inter dan sekarang dia sudah berusia 25 tahun.

“Apa yang saya tahu adalah apa yang saya baca dalam akhbar dan apa yang saya lihat dilakukannya ialah apabila dia beraksi. Sehingga sekarang, dia seorang yang menjadi teladan di dalam dan luar padang.

“Saya tidak menyalahkan sikapnya, walaupun saya selalu menekannya untuk meningkat.” Selepas gagal layak ke Eropah musim ini, juara tujuh kali Eropah itu tertekan untuk menukar nasib mereka walaupun Rossoneri memenangi hanya dua daripada empat perlawanan mereka setakat ini.

ARTIKEL YANG SAMA