Balotelli gagal beri impak kepada AC Milan

Balotelli gagal beri impak kepada AC Milan

MILAN, 24 Jan – Mario Balotelli gagal memberi sebarang impak buat AC Milan selepas sekadar terikat 2-2 dengan Empoli, sekali gus menjejaskan harapan kelab itu untuk slot pertandingan Eropah.

Balotelli dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua.

Penyerang Empoli, Piotr Zielinski, tampil menyamakan kedudukan selepas Carlos Bacca terlebih dulu membuka jaringan buat Milan.

Giacomo Bonaventura kembali meletakkan Milan di depan, namun kesilapan pertahanan membolehkan Empoli meraih jaringan penyamaan menerusi penyerang veteran, Massimo Maccarone.

Keputusan seri itu adalah yang keenam buat Milan musim ini. “Kami datang ke sini untuk menang. Saya kecewa kerana kami mendahului dua kali dan sepatutnya ia sudah cukup untuk menang. – AFP