Balotelli, Honda direhatkan

Balotelli, Honda direhatkan

MILAN, 2 Okt (AFP) – Mario Balotelli (kiri) dan bintang Jepun, Keisuke Honda (kanan) belum pasti dapat diturunkan AC Milan ketika gergasi Itali itu melayan kunjungan Napoli pada kempen Serie A, Ahad ini.

Napoli terpaksa menunggu empat perlawanan sebelum mencatat kemenangan pertama namun ia berbaloi dengan kejayaan menumbangkan Lazio 5-0 sekali gus meletakkan kembali kelab itu selaku pencabar kejuaraan.

Ia diikuti kejayaan menewaskan penyandang juara, Juventus 2-1 di Stadium San Paolo minggu lalu yang dibantu persembahan cemerlang Gonzalo Higuain.

Higuain sekali lagi beraksi cemerlang dan terus meledak gol ketika pertembungan Liga Europa, awal pagi tadi ketika Napoli menewaskan Legia Warsaw 5-0.

Berbeza dengan Milan, penyerang utamanya, Balotelli dijangka akan bermula di bangku simpanan selepas mengalami kecederaan manakala pemain tengah, Honda terlepas latihan akibat selsema.

pg21_151003_c

Minggu lalu, Milan mencatat kekalahan 1-0 ke atas Genoa yang kali terakhir berlaku pada musim 1983-83 dengan pertikaian mula muncul membabitkan taktikal yang ditampilkan pengendali, Siniša Mihajlovic.

Satu-satunya perkara yang positif buat Milan menjelang pertemuan itu ialah Napoli hanya mempu meraih dua mata daripada aksi di laman lawan musim ini.

Begitupun, bagi pemain tengah Milan, Andrea Bertolacci enggan kekalahan itu mengganggu mereka.

“Genoa tidak menakutkan kami dan perlawanan itu ditentukan dengan satu episod… namun kami perlu berhenti dan bermain dengan sikap yang salah.

“Kami perlu melupakannya dalam kepala kami secepat mungkin dan bersedia untuk Napoli,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA